Semakin hampir dengan tarikh pelancaran GENPRO, semakin peneraju GENPRO ACADEMY tidak boleh duduk diam. Terlalu banyak yang MESTI (tidak ada pilihan lain) disempurnakan. Itulah keajaiban dan kepentingan kerjasama. Dengan kerjasama, yang dianggap mustahil menjadi tidak mustahil.
GENPRO ACADEMY akan dilancarkan pada 01.01.10. Sebelum pelancaran tersebut terlalu banyak yang mesti diuruskan bersama-sama (bukan one man show).
Antara yang paling utama ialah sistem pengurusan (GENPRO akan menggunakan sistem pengurusan MBO -- Management By Objective sebagaimana yang diaplikasikan oleh Rasulullah SAW), sistem akaun, penyediaan modul, pengurus-pengurus, flow dan sebagainya. Kerana itu jugalah 'Checklist' Penubuhan Genpro sepanjang satu muka surat! Dari yang sebesar-besarnya perkara hinggalah kepada yang paling remeh dijadikan 'checklist' dan MESTI (tidak ada pilihan lain) dilaksanakan.
Walau apa terjadi -- GENPRO ACADEMY mesti dilancarkan pada tarikh yang ditetapkan. |