Login

Username:

Password:

Remember me


Lost Password?
Register now!

Survey

Dalam setahun berapa kalikah anda mengikuti kursus, seminar?
Sekali sahaja
2 -- 3 kali
Lebih 5 kali
Tidak pernah

Sedang Online

9 user(s) are online (2 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 9

more...
INFO : Produk
Posted by Admin on 2009/11/24 16:10:00 (323 reads)

Produk utama GENPRO ACADEMY adalah latihan. Sebagaimana bisnes lain, produk mestilah berkualiti. Kualiti latihan GENPRO diukur dari impak latihan. Semakin besar dan lama impaknya, semakin dikatakan sebagai berkualiti tinggi. Kerana itu, semua latihan GENPRO adalah berbeza dengan latihan yang berada di pasaran. Teknikal dan fakta menjadi keutamaan. Sama-sekali mengelak dari memasukkan unsur-unsur 'motivasi' 'semangat' 'hype' 'berfikir positif'. Pendek kata, GENPRO tidak mahu latihan yang 'biasa-biasa', tidak ada impak atau kalau ada pun hanya bertahan beberapa hari sahaja.

Latihan pula dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kursus dan seminar. Kem? Tidak ada Kem atau Khemah dalam GENPRO. Kursus dan seminar ini selalunya diadakan antara 1 hari hingga 3 hari 3 malam, mengikut keperluan dan kehendak. Jenis kursus dan seminar yang diadakan akan ditambah dari semasa ke semasa. Seminar dan kursus tersebut disesuaikan dengan kehendak pertubuhan dan sekolah. Contohnya, jikalau sekiranya sekolah tersebut mahukan kursus 'Jalan Besar Ke Universiti Pilihan', pihak GENPRO akan mengesyorkan kursus selama 2 hari kerana sememangnya kursus tersebut perlu diadakan selama 2 hari, atau mungkin 3 hari. Jikalau misalnya, untuk seminar "Saya Yang Besar (Big-i)" hanya perlu seminar 1 hari saja -- 3 jam penerangan dan 4 jam lagi untuk sesi brain-storming bagi memperoleh rumusan.

Antara kursus dan seminar yang sedang dikaji pada peringkat awal ini ialah:

1. Kursus "5 Cahaya Utama": Kursus selama 2 hari yang amat sesuai untuk pelajar, bisnes, kehidupan, pencapaian. Sekali telah mengetahui dan mengamalkan "5 Cahaya Utama" yang mesti menjadi pegangan hidup, Insya-Allah, perjalanan hidup akan sukses, lancar, berkat dan penuh rahmat.

2. Seminar "Saya yang Besar (BIG-i)". Manusia dilahirkan hebat, luar biasa, berbanding makhluk lain. Namun melalui masa, manusia sendiri yang menetapkan diri mereka menjadi "Saya yang Kerdil" dengan pelbagai sebab dan alasan. Seminar ini mengembalikan atau mengingatkan betapa besar, hebat, kuatnya diri manusia. Bukan itu sahaja -- disertakan dengan "Bagaimana" cara untuk mengembalikan kekuatan, kehebatan diri bagi mencapai apa saja kejayaan yang dikehendaki.

3. Kursus "Jalan Besar ke Universiti Pilihan" adalah kursus cara belajar dan lulus peperiksaan dengan cemerlang. Seawal UPSR lagi sudah diterapkan bagaimana cara belajar yang betul dan lulus cemerlang dalam peperiksaan, meneroka 'Jalan Besar ke Universiti Pilihan'. Begitu juga dengan PMR dan SPM, diterapkan cara belajar yang betul dan sistematik bagi membolehkan lulus peperiksaan dan menuju 'Jalan Besar ke Universiti Pilihan'. Tidak ada motivasi dan hype. Hanya fakta dan teknikal, brain storming dan interaktif.

4. Mutiara Al-Quran: Kursus semasa cuti sekolah, antara 10 hingga 14 hari. Cara bacaan yang betul surah-surah lazim. Teknik menghafal surah-surah lazim. Dan yang paling penting sekali menggali pengajaran, mesej, mutiara dari surah-surah lazim untuk diaplikasikan dalam hidup. Ini adalah mematuhi kehendak Allah SWT sendiri di mana ayat Quran itu bukan hanya untuk dbaca dan dihafal sahaja sebaliknya untuk diamalkan isi kandungannya. Apa yang hendak diamalkan jikalau tidak mengetahui mesej, pengajaran, mutiara, ilmu dari al-Quran?

5. Intensif Tajwid. Juga kursus masa cuti sekolah. Antara 7 hingga 10 hari. Kursus ini untuk mengenali hukum tajwid dan mengamalkan bacaan al-Quran yang tepat mengikut tajwid. Dijangkakan, akan menjadi salah satu kursus yang popular.

Lain-Lain Kursus dan Seminar (Masih dalam cadangan dan kajian)

1. Kembara Mesej: Rombongan dan lawatan ke tempat bersejarah. Di situ akan jelaskan sejarah yang terjadi dengan terperinci. Apa yang lebih utama ialah mencari mesej dan pengajaran di sebalik sejarah tersebut. Sebagai contohnya, lawatan ke 'A Famosa Melaka' -- berbagai pengajaran dan mesej boleh diperoleh. Contohnya, "Mengapa kota itu dibina menghadap laut" "Apa sebenarnya punca kekalahan Malaka?" Punca kekalahan, contohnya adalah kerana orang Melayu tidak menguasai teknologi, percaya dengan sakti dan tahyul, rasuah, tidak bersatu dan sebagainya. Selepas itu, sesi perbincangan dan brain-storming akan diadakan di situ bagi memperoleh rumusan, ilmu, mesej yang akan digunakan dalam kehidupan.

2. Menyerlahkan Genius dan Kreativiti: Setiap orang dilahirkan genius. Melalui masa, genius itu hilang dan semakin tidak kreatif. Seminar sehari ini khusus untuk murid sekolah, menerangkan bagaimana sebenarnya cara untuk mengembalikan, menyerlahkan genius dan kreativiti. Kursus diakhiri dengan brain-storming bagi memperoleh rumusan.

3. Pemimpin Terpimpin Teknik, cara dan praktikal kepimpimpinan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dikaji dengan teliti dan disampaikan semula dalam bentuk kursus bagi membolehkan setiap peserta kursus menjadi pemimpin yang terpimpin. Rasulullah SAW telah meninggalkan sunah dan pendidikan untuk semua. Antara pendidikan yang ditinggalkan ialah kepimpinan dan 'team-bulding' di mana kedua-duanya saling berkait.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.