BERMULA dengan, "Latihan, bukan motivasi; impak bukan sekadar semangat", GENPRO ACADEMY ditubuhkan. Matlamat asal adalah untuk memberi latihan kepada mereka yang memerlukan. Oleh kerana mereka memerlukan, sudah tentu GENPRO memberikan latihan sebenar, bukan sekadar "seminar motivasi" atau "kem motivasi" sebaliknya fakta dan teknikal. Mereka tidak memerlukan motivasi dan semangat sebaliknya mereka memerrlukan fakta dan teknikal.
IMPAK menjadi keutamaan GENPRO. Bahkan itulah juga matlamat sebenar penubuhan GEMPRO -- menyediakan latihan yang ada impak. Masyarakat sudah muak dengan apa yang dikatakan 'motivasi' 'team building' 'kepimpinan' yang hanya dipenuhi dengan 'hype' tetapi tidak ada atau amat sedikit impak. Seolah-olah 'hype' dan 'semangat' itulah keutamaan.
Kerana itu jugalah, slogan "HIJRAH TERAS PROFESIONAL" dipilih dari puluhan slogan lain. Kami di GENPRO ACADEMY percaya, di dalam slogan terkandung matlamat dan gambaran keseluruhan GENPRO ACADEMY. Itulah matlamat GENPRO iaitu menyediakan cara dan teknik untuk berhijrah ke arah profesional. Apakah cara dan teknik tersebut? Tidak lain ialah latihan sebenar. Hanya latihan yang mempunyai impak sahaja akan melahirkan GENerasi PROfesional (GENPRO). Membina Generasi Profesional bukan berdasarkan 'semangat' 'hype' 'motivasi' sebaliknya ialah latihan yang berasaskan fakta dan teknikal. Profesionalisme dan kepimpinan bukan diasaskan dengan semangat, 'hype', motivasi dan berfikir positif sahaja.
APA SEBENARNYA
Jikalau masih belum cukup lagi penerangannya, secara mudah: GENPRO ACADEMY adalah akademi latihan dengan matlamatnya memberikan latihan yang mempunyai impak. Mana-mana latihan yang hanya berdasarkan motivasi, 'hype' semangat tidak mungkin dijadikan modul latihan.
Sebelum satu-satu modul diketengahkan dan dijadikan produk, sudah pasti ia menjalani ujian terlebih dahulu. Sudah pasti dibuat kajian yang mendalam -- apakah impak jangka pendek dan jangka panjang yang terhasil dari modul latihan tersebut.
Modul tersebut akan dibincangkan, diuji dan dibandingkan kelainannya bagi memastikan ia benar-benar praktikal dan memberi impak yang berpanjangan. Sebagai contohnya -- pada kebanyakan 'kursus motivasi' tidak ada 'sesi brainstorming' di kalangan peserta. Ia sangat penting untuk mendapatkan rumusan terbaik. Ini akan dibuat dalam sesi latihan GENPRO ACADEMY. Semudah itu 'kelainan' yang dimaksudkan.
Yang pasti modul latihan tersebut tidak boleh hanya berasaskan 'apa' dan 'mengapa' sebaliknya mestilah mengandungi 'bagaimana'. Bagaimana melaksanakan apa yang telah dipelajari.
Pendek kata, apa saja kelainan dalam latihan, akan diketengahkan, asalkan ada impak!
SIAPA
Siapa di sebalik penubuhan dan pengurusan GENPRO ACADEMY? Penerajunya adalah mereka yang telah sama-sama membina dan membangunkan Ukhwah.com mulai dari tahun 2003. Walaupun dikatakan sebagai 'anak' Ukhwah.com namun sebenarnya ia adalah entiti yang lain dari Ukhwah.com.
Mereka di sebalik GENPRO adalah berpengalaman dalam bidang masing-masing termasuk dalam bidang latihan.
Bahkan sebelum ini Ukhwah.com pernah beberapa kali mengadakan latihan seumpamanya di sekolah-sekolah, namun lebih kepada kebajikan. Kini, skop tersebut diluaskan, dijadikan sebagai bisnes dengan menerapkan sistem pengurusan yang standard.
SASARAN
Sasaran latihan GENPRO adalah mana-mana pertubuhan yang memerlukan latihan yang membawa impak. Dari sekolah hinggalah kepada korporat, GENPRO telah bersedia untuk memberikan latihan yang diperlukan. Buat permulaan, sementara mengumpulkan pengalaman, sasaran utama adalah kursus dan seminar khusus di sekolah-sekolah yang memerlukan dan mahukan kelainan.
MATLAMAT
Bukan untuk suka-suka, sebaliknya slogan, misi, visi dan objektif dicipta adalah sebagai halatuju GENPRO dan juga sebagai trek perjalanan GENPRO:
Slogan
Hijrah Teras Profesional
Visi
Menjadi akademi latihan yang terunggul, progresif, dinamik dan diutamakan
Misi
Melahirkan generasi yang berhijrah ke arah keunggulan dan kecemerlangan
Objektif
1. Membina budaya kerja berpasukan
2. Menerapkan budaya pemimpin terpimpin
3. Melahirkan dan membina generasi yang berdaya maju dan waja
4. Menyediakan latihan, cara, teknik untuk berhijrah ke arah kecemerlangan
5. Menjadikan kualiti sebagai amalan
|