Login

Username:

Password:

Remember me


Lost Password?
Register now!

Survey

Dalam setahun berapa kalikah anda mengikuti kursus, seminar?
Sekali sahaja
2 -- 3 kali
Lebih 5 kali
Tidak pernah

Sedang Online

5 user(s) are online (1 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 5

more...
ARTIKEL : Seronoknya BRAIN STORMING
Posted by Admin on 2009/11/20 16:23:56 (156 reads)

Melalui zaman, Brain Storming mempunyai nama yang berbeza-beza. Pada zaman Rasulullah, namanya mungkin lain tetapi dipercayai, method hampir sama. Brain Storming ("Meributkan Otak"?), sehingga kini adalah method terbaik untuk menghasilkan rumusan.



Motif Brain Storming adalah untuk "MENGHASILKAN YANG LEBIH BAIK DARI TERBAIK." Itu saja.

Ada pra-syarat yang perlu dipatuhi:

1. Seramai mungkin.

2. Setiap seorang MESTI mengeluarkan idea. Tidak ada pemerhati dan diam-diam sahaja. Jangan ada rasa malu-malu atau takut-takut idea tak menarik, tak diterima. Lupakan sahaja. Terus keluarkan idea. Siapa tahu, mngkin ini idea yang terbaik.

3. setiap orang boleh mengeluarkan idea berkali-kali, bukan hanya sekali.

4. Semua idea diterima dan dicatat walaupun kelakar dan tidak masuk akal. Peringkat ini disebut 'Wild Idea'. Pada perinngkat ini tidak ada yang baik, buruk, kelakar. Semua sama sahaja, masih peringkat 'mentah'.

4. Idea yang dikeluarkan mesti sebanyak mungkin.

5. Untuk sesi 'Wild idea' mestilah ada tempohnya. Katalah 1 jam atau 2 jam. Tidak boleh melebihi waktu tersebut.

5. Sama sekali tidak ada perasaan, "Ideaku yang terbaik dan mesti diterima."

5. Bincang satu per satu.

6. Gunakan kaedah matematik CAMPUR, TOLAK, DARAB, BAHAGI.

7. Sambung-sambungkan, kait-kaitkan, tolak, tambah, bahagi, darab idea-idea yang ada.

8. Apabila mendapat idea yang dianggap terbaik, jangan sekali berpuas hati sebelum mendapat YANG LEBIH BAIK DARI TERBAIK. Lebih tepat lagi sentiasa percaya ADA YANG LEBIH BAIK. Jangan cepat berpuas hati.

9. Tidak ada istilah merajuk, kecil hati, kecewa, sedih, pilu, jikalau idea tidak diterima. Ingat, ini adalah Brain Storming -- setiap orang menyumbang. Jadi, di mana yang dikatakan tidak diterima? Setiap orang ada bahagian dan sumbangan.

10. Tidak ada istilah bangga dan perasan idea telah diterima kerana ia adalah hasil cantuman idea mencari yang LEBIH BAIK DARI TERBAIK. Bukan idea seorang diri.

11. Jangan melalut. Yang tidak menjadi topik perbincangan jangan dibincangkan. Pengerusi atau ketua mesti tegas.

12. Ada perasaan MEMILIKI BERSAMA.

13. Selepas itu yang paling UTAMA di antara yang TERUTAMA ialah PELAN PELAKSANAAN. Ini adalah wajib. Tak guna menghabiskan masa berjam-jam mencari yang LEBIH BAIK DARI YANG TERBAIK jikalau tidak dilaksanakan.

Nota: Sebaik-baiknya, semestinya, sebelum hadir ke sidang Brain Storming sudah diberitahu apa yang akan dibincangkan. Jadi, setiap yang datang sudah membawa idea. JAdi tidaklah tercanguk-canguk atau tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.