Apabila anda menceburi bidang bisnes, tidak semudah yang digambarkan atau yang pernah didengar. Berpijak di bumi nyata. Bisnes bukan dongeng atau penglipur lara. Bisnes adalah bisnes.
GENPRO ACADEMY adalah badan bisnes, bukan badan kebajikan. Segala urusan dengan GENPRO adalah urusan bisnes 100 peratus.
Bisnes mestilah menyediakan produk berkualiti dan mestilah menyampaikan produk tersebut ke tangan pengguna. Itu asasnya.
Segala usaha sedang dibuat bagi memastikan kejayaan bisnes GENPRO. Kini GENPRO masih di peringkat 'anak benih' lagi. Masih menerangkan, mengerjakan kebun sebelum ditanam anak benih.
Tidak ada jalan mudah, tidak ada dongeng dan penglipur lara. Adakah Rasulullah melalui jalan mudah ketika 'menanam, menjaga, mengembangkan' sebelum 'menuai' Islam?
Fri 20 November 2009